~ JOM IKUT BLOG INI ~

Monday, 18 March 2013

BAHAN- BAHAN DAN CARA MEMBUAT KEK BATIK MILO



Kek Batik Milo







Bahan-bahan ( 1 kg ):

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut merrie secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan  tidak berketul lagi....
  5. Setelah pekat, bolehlah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Monday, 4 March 2013

"KOLEKSI KEK BATIK SI COMEL"


Ini adalah koleksi “KEK BATIK SI COMEL” yang kami reka khas untuk anda semua. Kami harap dengan koleksi ini ianya dapat memenuhi kehendak anda semua.. :)



 "KEK BATIK MILO"




 "KEK BATIK KOKO"




 "KEK BATIK KOPI"



 "KEK BATIK HORLICK"

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum..

Di sini, kami ingin mempromosikan produk istimewa kami iaitu "KEK BATIK SI COMEL". Ini merupakan perniagaan pertama kami yang kami wujudkan untuk memperkenalkan lagi kek batik ini kepada orang ramai. Terutamanya, kepada mereka yang tidak kenal atau tidak tahu tentang kewujudan kek batik ini. Kek batik ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi warna, saiz, dan terutamanya dari segi perisanya. Jadi sudi-sudikanlah diri anda untuk melawat blog kami ini.