~ JOM IKUT BLOG INI ~

Wednesday 20 March 2013

KEK BATIK MARIE

\
Assalamualaikum..

"VIDEO KEK BATIK MARIE"



BAHAN DAN CARA MEMBUAT KEK BATIK HORLICKS



"KEK BATIK HORLICKS"




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram biskut marie, dipatah 4 setiap keping
125 gram mentega berkualiti tinggi
2 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Horlicks
1/4 cawan air
1 camca teh gula halus
1 camca teh esen vanilla (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, ke dalam kuali, kacau rata dan masak dengan api kecil. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati bersama bahan lain. Masak hingga pekat. Tambah esen vanilla dan biskut marie.
2.     Gaul rata-rata dan matikan api. Sedia kan bekas bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci dan alas dasar dan tepinya dengan plastik cling. Masukkan no 1 tadi ke dalam tin dan ratakan. Tekan padat2. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti 1 - 2 jam. Boleh dipotong dan hidangkan..

Selamat Mencuba...:)

CARA- CARA MEMBUAT KEK BATIK SI COMEL

Assalamualaikum..
Pada hari ini kita akan belajar cara- cara membuat kek batik berpandukan video yang telah kami ambil dari You Tube..hope, kamu semua dapat mengikuti cara membuat kek batik tersebut..
semoga berjaya..:)







KELEBIHAN- KELEBIHAN PRODUK KAMI

Assalamualaikum...

Bertemu kembali kita di pagi hari Khamis yang mulia ini... Diharap hari ini merupakan hari yang lebih baik daripada hari semalam... Pada hari ini, admin akan menyenaraikan kelebihan-kelebihan produk kami.

Kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:
1) Ianya lebih mudah untuk disediakan
2) Ianya lebih murah
3) Ianya lebih enak
4) Untuk pelanggan yang berada di sekitar Batu Pahat, kos penghantaran barang adalah percuma.

Monday 18 March 2013

TEMPAHAN KEK BATIK SI COMEL- "PERISA CREAMY COKLAT"





Kek Batik Si Comel – “PERISA CREAMY COKLAT”







Kek Batik Si Comel

Sedia menerima tempahan. “Rasalah Kek Batik Si Comel- Perisa Creamy Coklat”'anda pasti termimpi-mimpi dan pasti menginginkannya lagi :)

Penghataran percuma sekitar Batu Pahat.

Kami juga ada membuat penghantaran melalui pos laju. Kek Batik tahan lama dlm suhu kering & lebih sedap jika di simpan dlm peti sejuk.

Berat: 500g
Harga: RM15

Tempahan: 014-7063288 (SMS)

PROMOSI KEK BATIK



      Kami akan mengadakan promosi sempena keluaran produk kek batik yang terbaru dalam masa terdekat ini... Jom kita ramai-ramai kita memeriahkan pelancaran produk terbaru kami ini... Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi facebook kami di http://www.facebook.com/pages/Kekbatiksicomelcom/334790549954487?ref=hl

CARA MEMBUAT KEK BATIK CHEESE





Assalamualaikum...
Bertemu kembali kita pada hari Selasa yang indah ini... Harap-harap ia menjadikan kita hari yang indah.. Kami telah mencipta beberapa jenis produk kek batik terbaru yang telah disisipkan dengan element-element inovasi... Haa... Mari kita belajar untuk membuat salah satu daripada kek batik keluaran kami yang terbaru ini...

Kek Batik Cheese



Bahan2 ( loyang 7x7)

1 paket biskut marie perisa coklat
250gm philadelphia cream cheese
80 gm gula halus
120 fresh cream
1 sachet Nescafe 3 in 1 (regular)
1 cawan air panas dicampurkan dengan nescafe di atas

Cara2

1.Alaskan loyang dgn kertas minyak
2. Pukul creamcheese bersama gula sehingga sebati.
3. Masukkan fresh cream dan dipukul lagi sehingga gebu.. ketepikan.
4. Celupkan biskut marie di kedua-dua belah dengan air nescafe ( sekejap saja) .. dan susun dlm loyang sehingga penuh dasar loyang tersebut
5. Letakan sedikit creamcheese dan ratakan, ulang step sehingga habis ..
6.Apabila selesai .. hentak2 kan loyang supaya mampat.
7. Simpan dlm peti ais semalaman .. Kemudian hiaskan dgn serbok koko @ hirisan coklat @ serbok oreo dan sebagainya...



BAHAN- BAHAN DAN CARA MEMBUAT KEK BATIK MILO



Kek Batik Milo







Bahan-bahan ( 1 kg ):

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut merrie secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan  tidak berketul lagi....
  5. Setelah pekat, bolehlah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Monday 4 March 2013

"KOLEKSI KEK BATIK SI COMEL"


Ini adalah koleksi “KEK BATIK SI COMEL” yang kami reka khas untuk anda semua. Kami harap dengan koleksi ini ianya dapat memenuhi kehendak anda semua.. :)



 "KEK BATIK MILO"




 "KEK BATIK KOKO"




 "KEK BATIK KOPI"



 "KEK BATIK HORLICK"

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum..

Di sini, kami ingin mempromosikan produk istimewa kami iaitu "KEK BATIK SI COMEL". Ini merupakan perniagaan pertama kami yang kami wujudkan untuk memperkenalkan lagi kek batik ini kepada orang ramai. Terutamanya, kepada mereka yang tidak kenal atau tidak tahu tentang kewujudan kek batik ini. Kek batik ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi warna, saiz, dan terutamanya dari segi perisanya. Jadi sudi-sudikanlah diri anda untuk melawat blog kami ini.